Hari ni perfume store nak kongsi sedikit tips untuk mengekalkan bau perfume. Pernah tak terfikir kenapa bau perfume yang kita guna tak berapa tahan walaupun dah guna brand perfume yang paling mahal. Sebenarnya cara semburan perfume juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan bau wangi.
Cara 1
Semburkan perfume di bahagian titik-titik nadi, seperti di pergelangan tangan, lipatan siku bahagian dalam, dibelakang lutut, di belahan dada atau di leher. Tetapi orang selalu buat di pergelangan tangan dan leher sahaja cukup. Macam pelik pula nak pakai perfume sembur dekat belakang lutut kan?
Oh ye, tak perlu menggosokkan dengan tangan setelah sembur perfume. Menggosokkan dengan tangan bukan boleh buat perfume merata tetapi dapat menghilangkan bau perfume.
Cara 2
Semburkan perfume ke udara, kemudian berjalanlah di bawah semburan itu. Cara ini selain dapat membazirkan perfume sekaligus dapat membuat seluruh tubuh bau keharuman perfume. Nak jimat, seorang sembur, ramai ramai lari bawah semburan tu. Haha oke gurau je. Tapi ada juga peminat peminat perfume beritahu perfume store jika nak bau perfume kita lebih sedap letak perfume dalam fridge, dah perfume dah sejuk kemudian sembur pada tempat yg sepatutnya.
Cara 3
Ini tips tak tahu siapa yang aplikasikan. Nenek-nenek zaman dulu rasanya. Semburkan perfume di saputangan dan masukkan ke dalam bra. Weh ini berkesan weh sampai bila-bila rasa wangi kekal azali. Tak cara try lah. Dahla wangi sentiasa, boobs pon nampak mantap sahaja. Hehe.
Tapi kalau saputangan terlalu besar, boleh pakai tissue atau kapas. Ataupun sembur terus perfume ke cup bra. Tak tahu lah apa kaitan bra dengan perfume tapi betul, cara ini betul-betul dapat kekalkan bau perfume.
Okeh, selamat mencuba! Whatsapp perfume store 0132226239